3112 Silent Reader(S)
♬ C I K U D U T ♬
Indahnya Pernikahan =)
Wednesday, December 26, 2012 | 3:20 AM | 0 weird people


Percaya atau tidak kalau dikatakan perkahwinan itu adalah sesuatau perkara yang indah ? Ramai pasangan bercinta yang impikan hubungan mereka akan diakhiri dengan ikatan PERNIKAHAN.

Perkahwinan merupakan cara untuk meletakkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan dilandasan yang betul. Ikatan perkahwinan merupakan ikatan yang dibina atas tuntutan agama dan bukan atas kehendak nafsu semata-mata. Perkahwinan yang bahagia disulami dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Perkahwinan dapat mengelakkan manusia daripada gejala-gejala tidak sihat dan yang dilarang oleh agama. Pilihlah wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri kerana wanita yang baik tahu akan tanggungjwabnya kepada suaminya.

Alangkah indahnya perkahwinan yang dibina jika suami isteri menjalankan tanggungjawab yang sempurna. Jadikanlah Rasululullah s.a.w sebagai contoh terbaik dalam kehidupan berumahtangga. Baginda s.a.w merupakan suami yang penyayang dan ketua keluarga yang terbaik.Suami merupakan ketua keluarga dan isteri wajib taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan tuntutan agama. Antara tanggungjawab isteri ialah taat kepada suami, menjaga maruah suami, membelanjakan harta suami dengan betul dengan izin suami, meminta izin untuk keluar rumah, menghiburkan hati suami, berhias untuk suami dan lain-lain lagi.

Manakala tanggungjawab suami pula ialah memberi nafkah kepada isteri, menggauli isteri dengan baik, menyediakan keperluan isteri, mendidik isteri dan lain-lain lagi.


 Kesimpulannya, cinta halal yang dibina untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga =)

Sekian Celoteh Dari C I K U D U T !
Terima Kasih Kerana Sudy Membaca =) 



Instagram
♔ AfikaShahira Binti Zainudin
♔ 9teen years old
♔ 31 December 1993
♔ Kajang , Selangor
♔ Diploma in Computer Graphic Design at Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat

PUSH